Thursday, July 7, 2011

ADAKE PATUT????????????

Rasa macam baru semalam semuanya berlaku.. Yup!!! Macam baru semalam... Hidup terus berputar maniti ruang2 masa yang bergerak makin kencang..... Bulan yg lalu adalah bulan yang penuh dengan pengalaman baru..... Banyak yg aku teladani dlm sejarah hidup sendiri... Bagaimana aku cuba lari dari dimiliki seorang lelaki... Bagaimana aku menjaga hati family, sahabat sekeliling.. Dan pelajaran baru di kantor dan dalam hidup ini.... B.A.N.Y.A.K lagi yg perlu dipelajari.... Dana akan ku teruskan mencari perkara baru buat tatapan di hari2 tuaku.................. >.<)*

Tuesday, March 8, 2011

Abadikan Diri Ini..

Aku yang ketika ini di saat itu,
Lupa pada janjiku buat-Mu
Aku yang ketika ini di saat itu,
Tenggelam, lemas dalam lautan keduniaan
Mengecap nikmat keindahan
Dalam mengabaikan-MU
Aku yang ketika ini di saat itu,
Mahu terus dengan diriku
Yang khayal dalam ombak kejahilan


Dan aku yg ketika itu di saat ini,
Sujud pada-Mu
Aku yang ketika itu di saat ini,
Kembali tenang dalam memuja-Mu
Merindui-Mu dalam tiap langkah gerakku
Taat dan patuh dalam mengabdikan diri pada-Mu
Aku yang ketika itu di saat ini,
Hanya mahukan diri terus tegar
Tetap pendirianku
Dalam mengingati-Mu,
Tuhanku yang SATU!!!

Friday, February 25, 2011

Sampai Bilakah????????????

Mata ini tak pernah berhenti dari mengalirkan air mata..
Hatiku mudah benar terluka
Hanya kerana rasa kecewa dalam hati
Aku merajuk sendiri
Menanti tibanya saat
Nafas terhenti..

Wednesday, February 23, 2011

*-.Sayang 1000 kali sayanG.-*

Ada sesetengah orang langsung x dapat nak melihat
setiap peluang yg datang dlm hidupnya..
Dan aku tidak akan sesekali
menoleh kebelakang dan u turn
Mungkin sesekali akan ku toleh ke belakang
Buat muhasabah diri ini..
Akan aku cipta sebuah mahligai
yang selama ini menjadi impian

Dihiasi IMAN dan KETAQWAAN...........

Monday, February 14, 2011

Yang Aku Mahukan...

Selalu kita terfikir..
Apa yang kita ada dan tiada..
Tapi pernah tak kita terfikir..
Siapa yg bersama dgn kita???

Kekadang, kita terlupa 
untuk pandang ke belakang..
dan cuba untuk mentafsir mimpi-mimpi
yg pernah bertandang di hati
Sudah tercapaikah cita-cita lama??
Megahkah jejak langkah kita
bila kita menoleh sejenak ke hari yg berlalu??

Memang benar kata org..
Apa yg sudah berlaku biarkan berlalu..
Tapi..
seandainya boleh diubah diri ini 
menjadi yg lebih baik lagi..
Mengapa tidak aku langkah dengan lebih berani
dan kecapi impian yg masih belum terkubur
agar dapat ku lakukan pencapaian 
dalam hidupku ...

Kini..
Inilah kemahuanku

Saturday, February 12, 2011

Lelah Hatiku

Banyak benar yg datang menggundahkan jiwa ini..
Sedikit kegembiraan sahaja
Hatiku disapa kemanisan..
Tapi sampai bilakah
Mungkin hati ini boleh bertahan??
Mungkinkah sampai ke akhir cerita???
Kuatkan hatiku yg lelah ini, Ya Allah,
ku bermohon padamu..
Setulus hatiku..